Dana Pembinaan Semula Masjid

Bersama Membangunkan Semula Masjid Al Junid Kampung Chin Chin

Satu usaha meroboh dan membina semula masjid yang lebih selesa, tersusun dan mampu menampung pertambahan jemaah setempat.

Lot 1141, Mukim Chin Chin, Daerah Jasin, Melaka

Lot 1141

Tapak projek

1500

Jumlah Kapasiti Masjid

2 Aras

Bilangan Tingkat

Bangunan Masjid Al Junid Kampung Chin Chin yang sedia adaBangunan Sedia Ada
Cadangan reka bentuk baharu Masjid Al Junid Kampung Chin ChinCadangan Baharu

Tentang Projek

Cadangan Pembinaan Semula Masjid Al Junid Kampung Chin Chin

Cadangan projek ini melibatkan kerja meroboh dan membina semula Masjid Al Junid Kampung Chin Chin di atas Lot 1141, Mukim Chin Chin, Daerah Jasin, Melaka.

Reka bentuk baharu menampilkan ruang solat dua aras, ruang limpah dan susun atur yang meningkatkan kapasiti jemaah serta keselesaan penggunaan masjid.

Ruang solat utama dan ruang limpah yang lebih luas
Cadangan kapasiti keseluruhan sehingga 1500 jemaah
Reka bentuk dalaman dan luaran yang kemas serta tersusun
Kemudahan yang menyokong keperluan jemaah setempat

Cadangan Reka Bentuk Baharu Masjid Al Junid Kampung Chin Chin

Gambaran Masjid Al Junid yang Baharu

Visual di bawah merupakan perspektif cadangan luaran dan dalaman.

Cadangan perspektif luaran Masjid Al-Junid pada waktu siang

Cadangan Reka Bentuk

Perspektif Luaran

Visual 01 daripada 06

Ruang dalaman Masjid Al Junid yang sedia ada

Keadaan Semasa

Ruang sedia ada yang terhad

Cadangan ruang dalaman baharu Masjid Al Junid

Aspirasi Baharu

Ruang ibadah lebih luas dan tersusun

Soalan Lazim

Mengenai Projek Masjid Al Junid Kampung Chin Chin

Apakah projek Masjid Al Junid Kampung Chin Chin ini?+

Projek ini merupakan cadangan meroboh dan membina semula Masjid Al Junid Kampung Chin Chin bagi menyediakan ruang ibadah yang lebih selesa, tersusun dan mampu menampung lebih ramai jemaah.

Di manakah lokasi Masjid Al Junid Kampung Chin Chin?+

Masjid ini terletak di Lot 1141, Mukim Chin Chin, Daerah Jasin, Melaka.

Berapakah kapasiti cadangan masjid baharu?+

Ruang aras bawah dicadangkan menampung 440 jemaah. Antara pilihan pelan yang dikemukakan, kapasiti keseluruhan tertinggi ialah sehingga 1500 jemaah.

Bagaimana cara untuk menyumbang?+

Sumbangan boleh dibuat melalui DuitNow QR Bank Islam yang disediakan di bahagian sumbangan. Penyumbang disarankan memastikan nama penerima ialah Masjid Kampung Chinchin sebelum meneruskan transaksi.

Sumbangan Pembinaan Semula Masjid Al Junid Kampung Chin Chin

Setiap Sumbangan Membantu Merealisasikan Rumah Allah Ini

Sumbangan boleh disalurkan melalui DuitNow QR Bank Islam di sebelah. Pastikan nama penerima yang tertera ialah Masjid Kampung Chinchin sebelum meneruskan transaksi.

Maklumat Penerima

Bank

Bank Islam

Nama Penerima

Masjid Kampung Chinchin